Thursday, September 6

Cosmoderm, the awesome one :)

Assalamualaikum.

kali ni aku bukan nak promote tapi just nak review serta nak berkongsi satu brand product yang rata rata semua orang dah tahu dan dah pernah guna. dan hari ni genap sebulan aku menggunakannya. dan product tersebut adalah COSMODERM :)

kali pertama aku terjumpa product ni adalah dekat blog kak ain. then aku rasa macam nak try sebab aku dah jemu guna product yang lama tanpa membuahkan hasil yang aku nak!. then aku baca pula post dekat blog kak amoi. aku pon inbox die. tanya pasal product ni. die cakap bagus dan berkesan. dan setelah sebulan menggunakannya aku akui memang berkesan dan sangat sangat berbaloi. disamping harga yang murah dan berpatutan product ni juga Halal dan buatan Malaysia. 


gambar atas adalah rangkaian product cosmoderm yang aku guna. dan semuanya sangat mabelos wa cakap lu! bermula dari kanan adalah Vitamin E Cream 1,000 I.U. with Rosehip Oil bertindak sebagai moisturiser, yang kaler kuning tu paling aku suka iaitu BB cream, next is Vitamin E Exfoliating Gel (Marvel Gel) bertindak sebagai gel penyingkir kotoran dimuka, then toner dan the last is pencuci muke yang sangat sangat aku cintai! serius tak tipu. nak berkenalan dengan mereka? oke, jom aku kenalkan :)


ni pencuci muka tea tree oil. pencuci muka ni khas untuk mereka yang senasib dengan aku yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat. tak kisah la berjerawat teruk or tak berapa teruk. just picit sikit je then akan rasa macam heaven sangat sebab buih banyak dan hasilnya kulit muka akan rasa lembut gile! bau harum pula tu. teruja beb! harga die RM15.90. 


ni toner. toner ni bau harum. sejuk je bila kena muka. dan yang penting kulit jadi segar sangat. selain tu toner ni die dapat membantu mengecilkan liang liang pori dimuka. dan memang terbukti di muka aku! harga die RM 16.07


ni pula moisturiser. actually untuk cream ni ada banyak jenis tapi aku guna yang 1000 I.U je. cream ni berfungsi untuk menghilangkan tanda penuaan dan menganjalkan kulit muka. selain daripada dapat mengurangkan tanda dan parut jerawat dimuka. dan harga die RM 12.67


yang ni paling magic dan paling aku suka! nama die marvel gel. aku suka guna sebab ia bertindak untuk membuang tisu mati, bintik hitam dan putih pada kulit secara efektif, mengecilkan liang roma serta dapat mengurangkan tanda parut demam campak, chicken pox dan pigmentasi lain. yang paling buat aku teruja time duk menonyoh dekat muka, bintik hitam keluar semua. menyerah diri. boleh guna jari buang mereka semua. indeed awesome beb! semestinya kulit akan jadi selembut dan semulus yang anda idamkan :) harganya agak mahal berbanding dengan yang lain iaitu, RM 21.17 tapi berbaloi la sebab gel ni bukan untuk kegunaan harian. just guna sekali seminggu je :)


benda yang tidak asing lagi dan paling digemari oleh gadis gadis termasuk aku ialah BB cream. kalau search dekat google dah banyak orang buat entry pasal bb cream ni. dan respond dari aku ialah, bila guna bb cream ni, kulit jadi flawless. habis tenggelam karam semua tanda tanda yang bertanda di muka. lepastu tak berminyak serta tahan lama. biarpon dah pakai lebih 6 jam, muka maintain je. harga pon berpatutan RM 29.90. dan lelaki pon boleh guna taw. tapi awas, jangan bagi kena mata, meleleh la nanti! ehehhehe

before and after apply BB Cream. jelas berbeza tang bawah mata.

tu die. habis juga semuanya. tapi korang jangan risau sebab apa yang aku bagitahu ni semuanya benar dan semuanya pengalaman aku sendiri. aku alaminya dan orang sekeliling pon nampak perubahan muka aku. bukan nak berbangga tapi just nak telling the truth saje. muka aku tak ada masalah jerawat batu or jerawat teruk cuma agak berminyak dan ternoda dek parut jerawat degil! dan blackhead suka menumpang di muka aku. huh. tapi alhamdulilah after using cosmoderm semua tu dah beransur kurang dan hilang sedikit demi sedikit. 

selain dari product yang berkesan, costumer service pon boleh dipuji! aku pernah pm cosmoderm punye page dekat fb. dan mesej aku tu dibalas terus pada hari yang sama. awesome bukan? aku tanya product yang sesuai untuk aku guna je. then die hurai dengan jelas dan nyata. bukti boleh tengok dekat printscreen dibawah ni ye.

apa macam korang? teruja tak? ehehhehe. aku dah review semuanya beserta bukti lagi ehhehe. bukti kukuh taw :) korang jangan teragak agak nak guna sebab produk ni halal dan buatan Malaysia. sokonglah produk negara kita! hewhewhew :) selamat mencuba ye korang. aku hanya mahu membantu mereka meraka yang sedang mencari produk sesuai untuk kulit yang senasib denganku. aku bukan nak promote tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan korang. benda yang baik haruslah dikongsi. ye dak? ehhehe. till here. adios.


Official website - Cosmoderm

37 comments:

fifie said...

Fie pernah pakai cosmoderm. yang pencuci muka memang menjadi, soft je muka lepas tu. tapi yang BB cream tu tak menjadi. melekit habis kulit muka bila apply. Mungkin tak sesuai. hehe. Jadi stick jelah pada giffarine.

My name is Dayang said...

wah bestnyeee, mcm nak try. dyg pn jnis muka mcm akak. bmyak n jrawat tak segan nak naik. :(

boni kacak said...

awak buat saya rasa macam tertarik je nak beli semua benda2 ni.. lelaki pun boleh pakai kesemua tu juga kan?

Cik Asma BLuppy said...

macam best je... leh la try. ada set tester x?

Sarah Mohd Saleh said...

wahhhhh ayu gitewww,kerna dirimu bergitu berharga.iklan loreal ;D bole cbe nt.thanks nuru ;)

✿ Yana Malieya ✿ said...

yana pun pakai BB cream tuu..sgt ohsem! hehe..produk2 cosmoderm yg laen yana xtry pun la..teringin nak try psney :)

♥nurul♥ said...

wahhh syoknya.dah lama nk try tp tak tertry2 hehe

Syazwan Che Deraman said...

owoohhh..banyoknyooo.

takdok la laki mace wan ni nak beli...hok garnier dale bilik air pon denae kopea dahh..
seminggu sekali jah guno.
hehehe.

Nick Nashram said...

wah, boleh dah jadi duta produk cosmoderm ni..buat la promosi untuk garnier men sekali. Garnier.Take care :)

Everything's Everythings said...

Hahah tertarik betul dgn produk ni.. tapi tak mampu la nk pakai semuanya sekali xD
kalau beli pencuci mukanya shja ok tak agk2?
Mana nak cari kalau kt luar?

hazanis said...

semuat set cosmoderm, terbaik lah..hehe :)

Atiqah Wadiah said...

penerangan yg bgos :)

nuruashia said...

@fifie yke?? mula2 mmg melekit tp bile dah kering oke dah..n yg pnting xbminyak..i like hehehe :)

nuruashia said...

@My name is Dayang sile3 try cik teh hehehe :) xrugi mncuba..xtry xtaw kn :)

nuruashia said...

@boni kacak boleh je! heheeh.. pape nk taw pm je page cosmoderm tu :)

nuruashia said...

@Cik Asma BLuppy mksud awk pek yg trial tu ke??? not sure laa huhu

nuruashia said...

@Sarah Mohd Saleh hahahah..dah xde gmbr lain sbnrnyee tu beb :P oke3..good then..try it :)

nuruashia said...

@✿ Yana Malieya ✿ ehhehe..bgus2 :) try le..then share weehaa <3

nuruashia said...

@♥nurul♥ sile laa try hehehe..it's worth :)

nuruashia said...

@Syazwan Che Deraman ahhaha..we semart doh..xpo laa dop guno product byk2 pom ehheheh :)

nuruashia said...

@Nick Nashram weee..xlyk kite nk jd duta..garnier ye? insyaAllah :)

nuruashia said...

@Everything's Everythings boleh je nk try pncuci muke je :) dekat guardian mostly ade :)

nuruashia said...

@hazanis hehehe..^^

nuruashia said...

@Atiqah Wadiah alhamdulilah :)

nurul cHempaka said...

waaa...cantik kulit!

me syafieqa said...

wahh,masalah kita sama.sy pun dr dulu pkai facial wash tea tree tu je,mmg bagus, tp teringin nak cuba toner n cream dia. so far kamu pkai vit e toner n vit e cream yg kuning ni ok tak?? apa beza dngan tea tree punya toner n cream yea??

ct kektus said...

kalau bagus, memang rasa nak beli. sebab nak tukar pencuci muka lepas lepas ni. :D

baby lydia said...

salam syg..dya follower sini..
search cosmoderm..nmpak awk sbgai testimoni..wahh..luse nak pi guardian n watsons lh.nak try !

Miss Sue said...

bestnye kulit muka cantik .. jelesss >.< nak try lahhh

ladyinwhite suria said...

Salam, nak tanya...Parut hilang x??

miSS yaTee said...

salam. . . . podak ni tekstur dye mcm mne ek ? lembut n ringan x ? takut la nak try lau x. . . .

Jue Lai said...

Sya pun dah try.bli toner n mtrizer.tpi pecuci muka tak tkar guna nivea bab dah bthun guna nivea.bla sya cuci muka, past 2 ltak toner and mtrizer 10 saat pas tu rsa skit panas kat muka. Tu tanda2 ok ke @ x

Jue Lai said...

Sya pun dah try.bli toner n mtrizer.tpi pecuci muka tak tkar guna nivea bab dah bthun guna nivea.bla sya cuci muka, past 2 ltak toner and mtrizer 10 saat pas tu rsa skit panas kat muka. Tu tanda2 ok ke @ x

Qamarina Beauty said...

nak buy produk cosmoderm pm me.. saya agent

Miss SS said...

dah 2 bulan pakai. best.. siap wat review lg...hehehe

Lin Azlina said...

baru try pakai sebulan lebeih..so far ok sgt..cuma nk tmbh lg produk try yg kuning tu...

yana aina said...

baru guna pencuci muka ngn pelembab tue.. budak kedai farmasi yg cadangkn. tak sabar nk tgk hasil .. **kulit cepat berminyak .. kdng2 kering.. huhuhhh